Thursday, 29 May 2014

Share Your Love #002 [Guru]




 Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


Puisi yang bertajuk Guru Oh Guru diungkapkan oleh mantan Sasterawan Negara iaitu Datuk Usman Awang mengiktiraf guru sebagai insan mulia yang bertungkus-lumus dalam mencurahkan ilmu dan bakti demi mendidik anak bangsa menjadi insan permata negara. Apabila meneliti dan memahami setiap bait-bait puisi tersebut, setiap insan yang bergelar anak murid pasti akan berasa sebak dalam mengenal betapa besarnya jasa dan pengorbanan seorang guru. Profesion perguruan dikatakan   kerjaya mulia kerana guru sanggup berkorban dan terkorban dalam mendidik dan memelihara anak- anak didiknya dari  kecil  hingga dewasa mengajar apa  itu  erti kehidupan. Justeru, sememangnya jasa  dan  pengorbanan seoranguru  perlu  dihargai  dan  disanjung, walaupun dengan satu senyuman keikhlasan daripada pelajarnya.


Tidak dinafikan bahawa pengorbanan seorang guru begitu besar. Antaranya sentiasa melayan segala ragam dan rengekan anak-anak didiknya yang sentiasa kehausan ilmu pengetahuan. Si guru selalunya akan meninggalkan dan melupakan sebarang masalah mahupun kepenatan yang ditanggungnya dalam mencurahkan ilmu dan bakti kepada anak didiknya supaya mereka menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara suatu hari nanti. Bagi seorang guru  segala rengekan anak didiknya ibarat hiburan tanpa bayaran  yang menjadi batu loncatan dan semangat untuk terus berjuang dalam memimpin anak bangsa ke puncak kejayaan. Tegasnya, ketabahan dan kesabaran seorang guru melayan pelbagai ragam anak didiknya tidak dapat dibalas dengan wang ringgit mahupun segunung intan permata. Sedutan bait-bait puisi yang


bertajuk Dia Yang Bernama Pendidik menjelaskan lagi bertapa besar pengorbanan seorang guru.


Meski sejuta kemewahan dipersembahkan Imbalan itu tidak bisa menukarkan Kepedihan, keperitan dalam perjuangan Tersemat keazaman membentuk insan


Si dia bukan meraih simpati

Bukan jua sanjungan ingin dimiliki Hanyalah mencanai batu menjadi insan Kalam Ilahi tetap dinanti.


Peranan seorang guru tidak akan ada perhentiannya demi mendidik anak bangsa, malah mereka lebih mengambil perhatian dengan memantau perjalanan anak didiknya melebihi anaknya sendiri. Namun, ada segelintir anak muridnya tidak memahami dan mengerti tujuan sebenar seorang guru tersebut malah sanggup melontarkan kata-kata kesat kerana beranggapan tindakan seorang guru menjaga tepi kain mereka. Alangkah hampa dan sayunya perasaan seorang guru lantaran tanggapan sebegitu rupa oleh anak didiknya. Ingat guru merupakan ibu bapa kedua semasa berada di bangku persekolahan, jika dirujuk dari aspek agama, berpaling muka terhadap seorang ibu dianggap berdosa apatah lagi melontarkan kata-kata kurang sopan kepada mereka. Guru mana yang ingin melihat anak-anak didiknya hancur dalam pelajaran dan kehidupan. Justeru, sebagai seorang pelajar perlulah bersyukur kerana mempunyai seorang guru yang terus menerus mengambil berat dan perhatian terhadap para pelajarnya.


Semasa di alam persekolahan guru di ibarat bagai menatang minyak yang penuh sama seperti seseorang ibu terhadap anaknya dalam menjaga dan mendidik pelajarnya. Guru sentiasa memastikan di dada para pelajarnya penuh dengan ilmu sama ada ilmu dunia dan  ilmu  akhirat.  Seorang  guru  bersusah  payah  berusaha  mencari  mekanismmahupun kaedah yang terbaik dalam penyampaian ilmu kepada pelajarnya bagi memudahkan lagi pemahaman pelajarnya. Malah guru juga sanggup berkorban wang ringgit  bagi  menyediakakemudahan  kepada  anak-anak  didiknya  yang  berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan seperti menampung pembiayaan yuran persekolahan, wang  saku  dan  sebagainyaGuru  sayang  akan  anak  didiknya  dan sentiasa memberi ilmu pengetahuan yang mencukupi supaya mereka faham hanya ilmu yang  lengkap  membolehkadan  memastikan  anak-anak  didiknya  mengharungi pelbagai cabaran hidup pada era modenisasi kini yang berpaksikan kepada kemajuan teknologi semata-mata.


Tamsilnya, anak didiknya ditimpa kecelakaan, menghidapi penyakit, bercana dan sebagainya sudah pasti hati seorang guru menjadi hiba dan pilu memikirkan bagaimana keadaan anak didiknya. Selepas habis waktu persekolahan guru sanggup mengorbankamasa  demi  menziarahi  pelajarnya  di  rumah  mahupun  di  hospital sebagai tanda melahirkan rasa simpati dan kasih sayang ibarat cubit paha kanan paha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi pelajarnya, guru tidak datang dengan lenggang- lenggong tanpa sebarang buah tangan tanda kasihnya seorang guru akan anak didiknya. Di samping itu, guru juga sanggup mengutip derma di setiap penjuru sekolah tanpa memikirkan kepenatan mahupun segan silu bagi meringankan bebanan keluarga pelajarnya. Jelaslah bahawa ungkapan warisan Melayu guru jasamu dikenang, budimu disanjung   buka maina mahupun   omonga kosong Ha in kerana setiap pengorbanan guru mestilah dikenang oleh setiap anak didiknya. Tiada kata-kata mahupun ungkapan mulia kecuali terima kasih cikgu.


Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh, betapa besar pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa supaya mempunyai jiwa yang bertamadun. Tanpa guru siapalah kita kerana merekalah yang mengajar kita apa itu erti kehidupan. Lagipun guru telah berjaya membentuk dan melahirkan generasi berwawasan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam memenuhi hasrat dan melaksanakan visi dan misinya mencapai berstatus negara maju dan pendapatan tinggi pada tahun 2020. Oleh itu, ayuh anak bangsa bangkitlah bersama-sama menghargai jasa dan bakti setiap titik peluh mereka


dengan menghadiahkan sebuah kejayaan yang mampu membuat mereka tersenyum kerana Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Terima kasih cikgu.


_Syabab Islam


Sunday, 18 May 2014

Share Your Love #001 [Ayah Raja Di Hati]



 “Ni apa angah? “ Tanya ayah pada aku sambil jari nya menunjukkan pada huruf tersebut.
Aku pandang ayah. Terkebil-kebil.
“Huruf apa yang ayah kata tadi “monolog aku sendiri sambil melihat wajah ayah yang sedang menanti jawapan. Aduh! Time-time ni la pulak otak ni nak jem.
“Ha! Terkebil-kebil. Lupa la tu. Budak ini, tak sampai setengah jam aku ajar, dia boleh lupa “. Bebel ayah menahan amarah.
“Ni hamzah. Ingat hamzah. Macam nama jiran sebelah,pakcik hamzah. Ni apa angah? “
“Haaaaammmzzzzaaahhh “ balas aku tersekat-sekat.  Sambil anak mata aku meliar melihat susuk tubuh sedang melihat aku dari hujung pintu dengan wajah kasihan.
Kasih ibu memang macam tu.
“Apa? Sejak bila kau jadi gagap ni? “Jerkah si ayah membuat aku datang kembali ke dunia nyata
“Hamzah ! “ balas ku lantang.  Persis suara askar bagi komand pulak.
Aku lirikkan mata pula ke arah jarum bergerak dalam kotak, 12 malam? Tersebul anak mata.
Tak. Hampir.
“Apa tengok-tengok jam? Tadi leka kau main. Lari sana. Lari sini. Bila suruh belajar, sibuk kau nak tidur“ Bidas ayah yang rupanya memerhati aku.
Aku menikus. Tak berani bersuara. Berani la nak bukak mulut pada askar yang tegas. Silap-silap aku yang terbang.
“Baca balik dari mula. Ni apa? “Arah ayah sambil jari nya menunjukkan pada aku huruf pertama dalam jawi.
“Alif, Baa, Taa, Tha, Jim, Ha, Kho, Dal, Zhal, Ra, Zal, Sin, Syin, Shod, Dhod, Tho, Dho, Ain, Ghain, Faa, Khob, Kaf, Lam, Mim, Nun, Wau, Ha, Lam Alif, Hamza, Ya”
Tersangkut-sangkut tu ada. Tapi, aku rasa sebutan Hamzah tu paling yakin dan lantang sekali. Sebab aku nampak ayah ketawa kecil.
“ Sudah, pergi tidur. Esok sambung lagi.” Arah ayah ringkas.
Diam dan hanya mengikut arahan. “Wohhhaaa ! Katil, tunggu aku datang ! “ Jerit aku dalam hati..
Muka takut, tapi, hati gembira.
Aku salam tangan ayah sebaik sahaja siap kemas muqaddam. Motifnya? Tanda terima kasih. Acah-acah macam kat sekolah.

Itu cerita 16 tahun yang dulu. Anak paling dahsyat untuk di paksa belajar, aku la tu.
Dan,kerana itu, Alhamdulillah, aku boleh membaca tulisan jawi dengan baik.
The best part, aku boleh tersenyum sendirian apabila aku dengar nama orang “Hamzah” sampai orang sebelah terpinga-pinga.
Terima kasih ayah atas tips yang berguna. Tak sabar nak berkongsi dengan anak-anak.


A_JAY

190514

Thursday, 15 May 2014

SHARE YOUR LOVE CONTEST!




::SHARE YOUR LOVE CONTEST::
     

Guru,
Mengajar tentang ilmu.
Memahamkan erti hidup.
Semua adalah guru!

Ya!
Mereka adalah guru.
Mendidik, Mengasuh dan Mengajar.
Walau siapa pun mereka.

Oleh itu, J.O.M kongsi pengalaman/cerita/kisah benar tentang sesiapa sahaja yang anda anggap sebagai 'GURU' dalam hidup anda. Walau siapapun dia pada pandangan manusia lain, namun jika dia 'GURU' untuk anda, maka AYUH!

kongsikan KISAH GURU ANDA pada semua.
Moga ia bermanfaat buat ummat!.


KONSEP PERTANDINGAN:
***TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT TANPA HAD UMUR.

*** Peserta menghantar karangan/cerpen/kisah berkaitan pengalaman/jasa ibu/ayah/guru atau sesiapa sahaja 'guru' dihati anda yang tidak boleh dilupakan.

*** setiap peserta hanya boleh menghantar max 2 karya sahaja.
panjang karya 500 patah perkataan ke bawah dalam bentuk attachment 'word' [melampirkan 'file word'].

*** Sertakan tajuk karya yang dihantar. Contoh: Guru kau lilin hidupku/ Ibu kau ratu hatiku/ Ayah jasamu dikenang dll yang menarik.

*** hanya perlu INBOX PAGE KAMI!!!
bersama butiran peribadi.

***Setiap karya akan disiarkan dipage rasmi Campaign of covering aurat properly dengan menggunakan nama pena penulis.

Tarikh Pertandingan: 16 MEI 2014 (JUMAAT)
Tarikh Tutup Pertandingan: 15 JUN 2014 (AHAD)
**TARIKH UMUM PEMENANG: 22 JUN 2014 (AHAD)

KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD.
HADIAH MENARIK MENANTI ANDA.


SETIAP PENYERTAAN PERLU DISERTAKAN BUTIRAN BERIKUT:
1) NAMA PENUH
2) NAMA PENA
3) NO KAD PENGENALAN/ SURAT BERANAK
4) NO TELEFON
5) ALAMAT SURAT MENYURAT

SELAMAT HARI GURU!
TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA.
  

MAY ALLAH BLESS. 

Tuesday, 13 May 2014

Tangan yang Memberi...



Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:

”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)


Alhamdulillah,
hari ini kami masih lagi bersama...
bercita-cita untuk menyebarkan haruman islam...
Walau masing-masing masih lagi bergelar pelajar...
thesis, assaignment, taklifan dan pelbagai lagi urusan lain yang turut menuntut pengorbanan...
namun kami masih lagi punya cita-cita itu...

Bila kita sebut mengenai tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima, sering sahaja diri bertanya apa yang mampu diberi untuk menjadikan tangan ini lebih baik?.

Dalam kami ingin melakukan gerak kerja, 
ya kami juga masih belajar...
tidak punya apa-apa...
mahasiswa sepenuh masa...
hanya jiwa, tenaga dan masa yang kami punya...

Namun, kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima,
kami ingin menjadi tangan itu...

Ternyata, sebenarnya tak mudah...
Bila kami ingin bergerak kerja,
secara tidak langsung bermakna kami juga memerlukan sumber kewangan...
ia bukanlah matlamat,
namun ia ternyata adalah alat!

kerana tangan yang memberi lebih baik,
kami mahu menjadi sebaik-baik tangan itu...
maka kami ambil pendekatan untuk mencari dana sendiri...
tidak meminta...
walau apa yang diminta pastinya bertujuan kebaikan...
dan kami pasti, ramai yang akan menghulurkan bantuan...
namun selagi mana mampu berusaha,
itu lebih baik bukan?

kerana cita-cita ini terlalu besar.
kami harus akur ia menuntut pengorbanan yang bukannya kecil!
harus setimpal.

Ada yang bertanya,
tiada lagikah program dakwah terbaru anjuran kami,
bukan tiada...
kami sedang melakukannya..
dakwah,
bukan hanya pada program berskala besar...
namun dakwah juga boleh dilakukan pada skala kecil..

dan dakwah yang sedang kami lakukan juga adalah tarbiyah buat diri kami...
pelbagai ujian datang...
tarbiyah..
bukan sesuatu yang mudah...
dan tidaklah hadirnya ujian jika bukan untuk membuktikan kesungguhan dan kesabaran...
hanya yang benar-benar bersungguh dengan kesabaran akan melepasi ujian itu dan tidak akan berputus asa...

Apabila kita berputus asa bererti kita tidak sabar atas ujian yang menimpa. Kerana itulah haram bagi orang beriman berputus asa. Orang yang putus asa tidak sabar atas apa yang berlaku lalu menyalahkan orang lain dan tidak redha dengan ketetapan Allah swt.


Firman Allah swt;

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Maksudnya; Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. 
( Ali-Imran:139)

doakan kami...
terus thabat tanpa alasan...
dan beralasan untuk terus thabat!
doakan kami juga agar dikurniakan kesabaran dan kekuatan...
kami ingin menjadi tangan yang memberi itu...
dan ingin sebaik-baik tangan yang memberi...

Jalan ini...
ternyata masih jauh dan panjang...
dan jauh dan panjangnya perjalanan ini sangat memerlukan kesabaran...
sabar untuk menanti saatnya kemenangan...
ternyata juga, kesabaran akan hadir bilamana keimanan itu pasak kukuh didalam hati...

Allah..
izinkan kami syahid dalam agamaMu...



_tribute to cocap
n.i
kolej tarbiyah
14 mei 2014


Monday, 14 April 2014

Akan datang




Assalamualaikum.
Ada apa dengan Bulan MEI ya?

Anda masih ingat J.O.M SHOOT CONTEST yang pernah kami anjurkan??


garu kepala..masih ingat?

InsyaAllah.
MEI 2014.
Sesuatu menanti 
anda.
anda.

dan anda!

Ya!
Anda.

Yang sedang membaca ini.
dan
Yang menanti projek TERBARU dari kami!

Nantikan. Update dari Kami
Campaign of covering aurat properly
_doakan_



Wednesday, 12 February 2014

Promo next Booth

Rindukan Aktiviti COCAP??
Temui kami MAC 2014..
Dengan pelbagai games, jualan, photo booth dan aktiviti lain ..

Jangan lupa kunjungi booth pameran kami..
Ada sesuatu menanti anda!

Biiznillah :)


Dimana?
Bila?
Nantikan perkembangan kami di page COCAP
SEGALANYA MUNGKIN..

*Sesiapa inginkan Booth kami ditempat anda, boleh hubungi Bumblebee di 0133379689


Wednesday, 5 February 2014

Waktu yang mengejar


Wal 'Asr..
Dan demi masa, manusia itu sentiasa dalam kerugian. Selalu juga isu masa dikupaskan.Namun hakikat manusia itu memang selalu perlu diingatkan.

Apa pun yang ada di dunia tidak ada yang kekal lama. Mesti akan ada tarikh luput ataupun tempoh 'bertahan'. Semahal mana nilai barangan yang kita beli tetap juga akan rosak akhirnya. Walau jenama apa sekalipun, walau diimport dari mana sekali pun.

Kalau hendak membeli makanan, pastinya kita membelek belek tarikh luput di bungkusan yang ada.
Yes. tarikh luput bagi makanan untuk kekal dalam keadaan baik.
Ataupun belum sampai tarikh luput makanan tersebut sudah pun rosak dan tidak elok.

Laptop, Iphone, gajet-gajet canggih pun tetap ada tempoh tertentu mampu bertahan. Kereta akan rosak, cat akan luntur, pakaian akan koyak, rumah akan retak,

Dan yang pasti.. sudah tertulis dalam surah Ali Imran : 185
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۖ 
(Every soul shall taste death )

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Dan bila kita terfikir-fikir soal mati.. terasa dada begitu sempit.. bayangan waktu selalu mengejar.maka rugilah kita yang mensia-siakannya.

and well said..
let's manage our time.
use it wisely!!
Masa kita untuk ilmu, agama, ummat! 
*Allah, terasa berat terpikul bebanan amanah di bahu.

_cikmawarbbungo
teratak legoland
2325