Sunday 18 May 2014

Share Your Love #001 [Ayah Raja Di Hati]



 “Ni apa angah? “ Tanya ayah pada aku sambil jari nya menunjukkan pada huruf tersebut.
Aku pandang ayah. Terkebil-kebil.
“Huruf apa yang ayah kata tadi “monolog aku sendiri sambil melihat wajah ayah yang sedang menanti jawapan. Aduh! Time-time ni la pulak otak ni nak jem.
“Ha! Terkebil-kebil. Lupa la tu. Budak ini, tak sampai setengah jam aku ajar, dia boleh lupa “. Bebel ayah menahan amarah.
“Ni hamzah. Ingat hamzah. Macam nama jiran sebelah,pakcik hamzah. Ni apa angah? “
“Haaaaammmzzzzaaahhh “ balas aku tersekat-sekat.  Sambil anak mata aku meliar melihat susuk tubuh sedang melihat aku dari hujung pintu dengan wajah kasihan.
Kasih ibu memang macam tu.
“Apa? Sejak bila kau jadi gagap ni? “Jerkah si ayah membuat aku datang kembali ke dunia nyata
“Hamzah ! “ balas ku lantang.  Persis suara askar bagi komand pulak.
Aku lirikkan mata pula ke arah jarum bergerak dalam kotak, 12 malam? Tersebul anak mata.
Tak. Hampir.
“Apa tengok-tengok jam? Tadi leka kau main. Lari sana. Lari sini. Bila suruh belajar, sibuk kau nak tidur“ Bidas ayah yang rupanya memerhati aku.
Aku menikus. Tak berani bersuara. Berani la nak bukak mulut pada askar yang tegas. Silap-silap aku yang terbang.
“Baca balik dari mula. Ni apa? “Arah ayah sambil jari nya menunjukkan pada aku huruf pertama dalam jawi.
“Alif, Baa, Taa, Tha, Jim, Ha, Kho, Dal, Zhal, Ra, Zal, Sin, Syin, Shod, Dhod, Tho, Dho, Ain, Ghain, Faa, Khob, Kaf, Lam, Mim, Nun, Wau, Ha, Lam Alif, Hamza, Ya”
Tersangkut-sangkut tu ada. Tapi, aku rasa sebutan Hamzah tu paling yakin dan lantang sekali. Sebab aku nampak ayah ketawa kecil.
“ Sudah, pergi tidur. Esok sambung lagi.” Arah ayah ringkas.
Diam dan hanya mengikut arahan. “Wohhhaaa ! Katil, tunggu aku datang ! “ Jerit aku dalam hati..
Muka takut, tapi, hati gembira.
Aku salam tangan ayah sebaik sahaja siap kemas muqaddam. Motifnya? Tanda terima kasih. Acah-acah macam kat sekolah.

Itu cerita 16 tahun yang dulu. Anak paling dahsyat untuk di paksa belajar, aku la tu.
Dan,kerana itu, Alhamdulillah, aku boleh membaca tulisan jawi dengan baik.
The best part, aku boleh tersenyum sendirian apabila aku dengar nama orang “Hamzah” sampai orang sebelah terpinga-pinga.
Terima kasih ayah atas tips yang berguna. Tak sabar nak berkongsi dengan anak-anak.


A_JAY

190514

No comments:

Post a Comment